SIHAT CANTIK CERGAS.

Saturday, December 14, 2013

Makanan Diperlukan Oleh Kucing Yang Bunting & Menyusu

Terjumpa artikel berguna ni kat satu website iaitu 'VET INFO.' Kita copy paste je k sebab mood malas melanda pulak petang2 gini. :-)

Harap dapat menambah pengetahuan pencinta kucing semua..

           *********************
A nursing cat requires high quality nutrition in order to provide the healthiest milk to kittens. Maternal antibodies and nutrition is passed on to kittens in their first 24 hours of life so owners should provide healthy and nutritious foods to nursing cats and in the final stages of pregnancy.

Starting Proper Nutrition Early

Pregnant cats should be eating foods that are high in protein, vitamins and minerals as soon as possible. Keep your cat on premium cat food until the final weeks of pregnancy. During these last three to four weeks, gradually switch over to premium canned kitten food. Start by mixing this new diet with the old food to prevent digestive upsets. A nursing cat should be kept on the kitten food until the kittens are weaned.

Switching Foods After Birth

Your cat will probably not be eating
much right after giving birth so it's important that she has the proper nutrients before having her kittens. After a few days, however, she should be more than eager to eat. Keep plenty of her kitten food and fresh water out and feed her at least three times a day. This feeding schedule can be kept up for the first three to four weeks of nursing as long as your cat isn't rapidly gaining weight and becoming obese.
Vitamin supplements can be given to cats during and after pregnancy as long as the right doses are given. Calcium supplements are especially important along with quality food. A lack of calcium, which can be common for nursing cats and in the last weeks of pregnancy, may lead to a fatal disease called eclampsia.

The Best Foods For Nursing Cats

Your cat should be fed quality cat food before giving birth and equally nutritious kitten food in the final stages of pregnancy and first weeks of nursing. Canned cat food is generally considered the better option due to the high carbohydrate levels in dry food. Cat food ingredients should be mainly composed of protein from high quality sources, vitamins and minerals like arginine, and few carbs. Foods labeled 'complete and balanced' are required to follow AAFCO nutrient standards, but still check the labels for proper nutrition levels.

The Importance of Maternal Nutrition

The first milk that a mother produces, known as colostrum, is a major source of nutrition, antibodies *for immunity) and hydration for nursing kittens. Right after giving birth, a nursing cat passes on essential nutrients, protein antibodies, vitamins and electrolytes to kittens on the first day they are born. It is essential that kittens nurse in the first 24 hours after they are born in order to receive these maternal antibodies. Kittens that receive bottle feeding immediately after birth will not get this immunity from their mother to prevent possibly fatal diseases like feline panleukopenia.

Anak bulus comel 6 ekor dah 10 hari

Layan gambar si comel-comel ni dulu lah yerr..






Jom like fanpage kitorang.
www.facebook.com/kittiesgarden

Wednesday, December 11, 2013

Keperluan Kucing Untuk Beginner.

Anda berhasrat nak memelihara kucing? Tak kisah lah samada anda beli kucing tu atau jumpa anak kucing terbiar atau ada orang sedekah kucing kat anda, anda perlu bersedia fizikal dan mental untuk menerima kehadiran kucing ni yang akan menjadi sebahagian dari ahli keluarga anda sendiri.


Geram kan tengok anak2 bulus diatas tu...ini antara koleksi anak2 kucing kami yang awal.

Ok, iklan dah abis, persediaan mental ni maksudnya kita dah bersedia untuk berhadapan dengan bulu2 yang sentiasa bertaburan, najis yang kena bersih setiap hari, makanan mereka yang mahal, dan macam2 lagilah. Mereka pun makhluk Tuhan, malahan binatang kesayangan Nabi Muhammad, so sayangi lah dan jagalah mereka seperti ahli keluarga kita jugak.

Next, persediaan keperluan untuk anak bulus baru kita tu.
-kandang sederhana besar.
-litter box
-litter sand
-bekas makanan dan minuman
-Makanan kucing (dry food atau wet food atau kedua-duanya sekali)
-toys, contohnya scratching post. Ini opsyenal. Terpulang pada kita nak beli atau tak. Kalau rajin, boleh buat sendiri. Google jer DIY cats toys.

Pastikan keperluan2 dah sedia ada kat rumah kita sebelum kita bawak balik anak bulus ke rumah k.

Ini suki yang overrr...
Kalau boleh, jangan terlalu kerap kandang kucing anda. Sekali sekala tu biarlah mereka lepas bebas dalam rumah supaya mereka lebih mesra dan jinak dengan kita k..

>Like fanpage kita di www.facebook.com/kitties-garden

Wednesday, December 4, 2013

Anak Mulan dan Nemo

Akhirnya selamat juga mami Mulan melahirkan 6 ekor anak bulus pada 3 disember 2013, dalam pukul 7.30 pagi camtu.
Sampai terjelir lidah mami Mulan melahirkan 6 ekor anak2 yang comel tu. Penat sangat la rasanya kan. Kesian die..
Waktu awal pagi sebelum beranak, mami Mulan dah awal2 pagi masuk bilik kita dan buat bising. Mami mulan jenis yang jarang berbunyi, so memang kita agak dah dia nak beritahu yang dia dah nak beranak.
Masukkan dia dalan kotak yang kitorang dah sediakan,tapi dia keluar, kehulu kehilir ikut kita dan tak nak dok dalam kotak. Rupanya nak kita tunggu dia dan duduk tepi kotak tu jer.
Haii..mengada betol lah.
Ikut je la kehendak dia membuatkan pagi tu kami suami isteri lewat pegi keja. Hadoimakk...




Tuesday, December 3, 2013

Benar ke perempuan mengandung tak boleh pegang atau pelihara kucing?

Perempuan mengandung TIDAK PERLU mengelak dari kucing tetapi TIDAK DIGALAKKAN untuk menyentuh dan membersihkan litter box yang telah dicemari dengan najis kucing.

KENAPA? Kerana dikhuatiri najis kucing terdapat bakteria parasit yang dipanggil toxoplasmosis. Sekiranya perempuan mengandung terkena jangkitan toxoplasmatic, dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi yang dikandung.
Boleh juga berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan darah samada tubuh  seseorang itu imun kepada jangkitan toxoplasmosis. Sekiranya imun,maka tidak perlu bimbang terkena jangkitan. Malahan pemilik kucing yang telah lama memelihara kucing, berkemungkinan  telah mendapat toxoplasmosis.
Kucing adalah pembawa parasit penyebab  toxoplasmosis. Parasit ini hidup didalam usus kucing dan keluar bersama najis mereka. Ia biasanya lebih mudah didapati pada kucing yang dibiarkan merayau diluar rumah yang memakan tikus atau burung yang telah tercemar. Malahan parasit ini juga terdapat pada tanah,daging mentah dan sayuran yang tidak dibersihkan
Panduan kepada ibu mengandung yang mempunyai anak-anak bulus untuk dijaga.
- Beri tugasan membersih litter box kepada sang suami atau orang lain yang tidak mengandung. Atau kalau dah takde orang nak tolong, dinasihatkan pakai sarung tangan dan mask. Cuci tangan sebersih-bersihnya selepas itu. Kalau tak boleh jugak, cuba guna SMARTSIFT LITTER BOX. 
-Buang najis kucing sekali sehari bagi mengelakkan jangkitan kerana parasit tersebut cuma akan membiak dalam tempoh 2-5 hari.
- Jangan beri kucing makan makanan mentah.
- Jangan biarkan kucing merayau-rayau diluar.
- Jangan adopt kucing liar/stray cats semasa mengandung kerana.dikhuatiri mereka pembawa parasit toxoplasmosis.

KESIMPULAN: Jangan buang/hantar kucing2 anda ke pusat binatang terbiar ye. Kesian kucing2 tu.
*sumber rujukan:
- http://www.babycenter.com/404_is-it-true-that-pregnant-women-should-avoid-cats_10310189.bc
- http://www.justmommies.com/articles/toxoplasmosis-cat-litter.shtml#sthash.FN7P44NA.dpuf

Friday, November 29, 2013

Kenapa bulu kucing gugur?

Bulu kucing memang sentiasa gugur dan itu memang perkara biasa. Tapi kalau gugur dengan banyak maksudnya memang ada masalah. 

Antara sebab-sebab bulu kucing gugur adalah seperti berikut:-

1. Ada kutu pada bulu kucing.
2. Fungus yang kelihatan seperti debu atau kelemumur pada bulu kucing. Fungus boleh mematikan sel pada kulit dan menyebabkan bulu gugur.
3. Kurang protein atau vitamin pada makanan kucing terutamanya yang menggunakan 'animal by-product' dan pengawet. Makanan komersial selalu menggunakan kedua-dua bahan diatas.
4. Penggunaan shampoo yang berlebihan atau tidak sesuai dengan kucing. (sama jugak dengan rambut kita ni, kalau tak sesuai mesti ada yang gugur.)
5. 'mating season' jugak boleh mengakibatkan bulu kucing gugur.
6. Kucing stress. Biasanya stress disebabkan persekitaran ataupun kehadiran kucing baru.
Paling penting kita jaga kebersihan dan kesihatan kucing-kucing kita dengan baik seperti sentiasa membersihkan mereka, memberi makanan yang berzat dan sentiasa memanjakan mereka.


Ni, caner ni? 

Monday, November 25, 2013

Jualan Makanan Kucing Premium Jenama Blackwood & Vetmaster Secara Repack.

Jualan secara repack dalam 1kg.
COD kawasan Desa Ilmu, Kota Samarahan dan Kuching, Sarawak.
*untuk kawasan-kawasan lain di Sarawak, kami boleh pos kan.

Untuk yang di semenanjung malaysia, di jemput ke blog Aswar Pet Lovers sekira berminat untuk memesan makanan kucing jenis premium dan produk kucing yang lain.




*sila klik pada gambar untuk lebih jelas.

Kedua-dua jenama diatas merupakan makanan jenis premium untuk kucing.
Bagi pencinta kucing yang menginginkan furkids mereka lebih sihat dan mempunyai bulu yang cantik serta gebu, adalah disarankan untuk memberi furkids anda makanan premium seperti Blackwood dan Vetmaster ini.

Kedua-duanya adalah produk import tetapi tidak mengandungi bahan2 dari khinzir (khasnya kepada yang muslim).

Untuk pertanyaan harga, sila LIKE fanpage kami dan pm saya di,
www.facebook.com/kittiesgarden

TQVM. :-)

Friday, November 15, 2013

Beberapa tanda yang kucing kita sakit

Macamana nak tahu yang kucing kita tu sakit? Tak kan lah dia nak bagitahu kita yang dia tu sakit kan..(boleh sakit jantung kalau si anak bulus bagitau dia demam..heheh). 
Baby pun kalau sakit, akan merengek dan menangis non-stop, membuatkan mommies tak keruan (dari pengalaman sendiri membesarkan 4 orang anak).
Tapi kucing pulak, takkan lah nak mengiau non stop kalau sakit kan? 

Weii...ambik gambar kita ekk...

Lepas godek godek sikit dalam beberapa website omputeh, so kita senaraikan sedikit tanda2 yang boleh kita 'detect' kalau si anak bulus kita sakit k.

-Perubahan dalam tingkahlaku/ interaksi anak bulus dengan kita. Mungkin menjadi pendiam atau sebaliknya.
-Perubahan dalam aktiviti hariannya. Contoh kalau anak bulus yang aktif berlari berubah menjadi pendiam dan tidak aktif.
-Perubahan dalam tabiat makan, samada menjadi kurang makan atau bertambah selera makan. Kurang makan menandakan anak bulus bermasalah seperti 'dental problem', selesema. Bertambah makan pula menunjukkan si anak bulus kemungkinan 'obese'.
-Perubahan dalam pengambilan air.
-Berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak.
-Nafas berbau mungkin menandakan masalah buah pinggang atau masalah penghadaman.
-Perubahan suara.

Kalau ada salah satu tanda-tanda diatas berlarutan dalam beberapa hari, cepat-cepatlah bawak anak bulus pegi jumpa vet yerr..
'mencegah lebih baik dari merawat'.


Like our fanpage:
www.facebook.com/kitties-garden

Tuesday, November 12, 2013

Mulan si mak buyong

Mommy Mulan, salah sekor dari anak bulus kami yang senior. Usia dalam 3 tahun gitu, tapi masih maintain cun...

Sekarang Mulan tengah pregnant untuk kali ketiga. Boipren 'pinjam' dia nama Nemo, domestic long hair (breed maine coon,tapi oleh kerana takde sijil pure breed tu, kita panggil DLH je la yerr...)

Mak buyong
Tido terbongkang...

Congak-congak rasanya Mulan ni dah 4-5 weeks pregnant, so ada kira-kira 3-4 minggu lagi nak meletop..hihi. Tapi perut mak buyong ni memang memboyot je, macam bila-bila masa je boleh beranak.

Ni dia boipren 'pinjam' mulan, si nemo yang hensem cam tiger.


Like fB> www.facebook.com/kitties-garden

Friday, November 1, 2013

Penyakit Sporo yang merbahaya.

Nak tahu rupa kucing yang dijangkiti SPORO? 

Kesian kan...


Tak sanggup nak tengok lama2... :-(
 SPORO atau nama penuhnya SPOROTRICHOSIS, merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix Schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.

Penyakit ini jarang berlaku, maka ianya sukar dikesan oleh sesetengah doktor haiwan ataupun doktor manusia. Malahan manusia juga boleh terdedah kepada risiko mendapat jangkitan sporo.

Mana datangnya Sporo ni?
This fungus is found in soil and organic debris and is widespread in the U.S. Sporotrichosis is more commonly seen in outdoor dogs, particularly hunting dogs, and in outdoor cats (especially males) that are prone to fighting. In dogs, it is believed that the fungus enters through a puncture wound from a stick or thorn. In cats, it is thought to be transmitted from a scratch or bite from a cat that has contaminated claws or teeth. Humans have become infected through coming in contact with the open, draining sores on infected cats.
(Sumber dari sini > http://www.peteducation.com/article.cfm?c=1+2134&aid=358)

Tanda-tanda kucing mendapat Sporo.
Luka atau kudis pada kepala terutama sekali pada hidung dan muka, kaki dan ekor. Luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh. Kudis akan mula merebak ke keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti. Sesetengah kucing akan mendapat demam, hilang selera makan dan menjadi lemah.
~sekira fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda seperti benjolan atau kudis boleh didapati pada jari,tangan atau muka.

Bawaklah kucing anda cepat-cepat ke doktor haiwan sekira anda dapati mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan tersebut! Dan pastikan kucing-kucing anda tidak dibiarkan berkeliaran terlalu lama di luar kawasan rumah atau terlibat dengan 'street fight' dengan kucing-kucing liar yang lain.

Tu diaaaa...mafia cats belakang rumah..hihihi

Sunday, October 27, 2013

Haiwan Peliharaan Dapat Meningkatkan Tahap Kesihatan Seseorang

Terbaca kat satu website omputih www.care2.com tentang 5 manafaat memelihara haiwan kesayangan terhadap tahap kesihatan pemeliharanya.

Secara ringkas seperti berikut lah ye.

My boy ni memang suka buli kucing.
"sabar je ler aku", agaknya itu la yang si kucing cakap dalam hati.
5-Memperbaiki pernafasan.
Selalu kita dengar org kata bulu kucing boleh menyebabkan penyakit lelah keatas kanak2. Tetapi satu kajian oleh James E.Gern, seorang pakar kanak-kanak dari University of Wisconsin-Madison, mendapati bahawa dengan memelihara haiwan boleh mengurang kan sehingga 33% untuk kanak-kanak mendapat sebarang alahan. Kajian beliau yang di terbitkan dalam Journal of Allergy and Clinical Immunology juga mendapati bahawa kanak-kanak yang terdedah lebih awal akan mempunyai sistem imun yang lebih tinggi.

4-Merapatkan hubungan
Setuju kan? Biasanya kalau kita ada kucing atau anjing, ianya akan menjadi topik perbualan antara kita dengan kawan2 atau ahli keluarga. Kadang2 haiwan kita ni boleh menjadi 'ice breaker' antara kita dengan orang yang baru kita kenali yang mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Tapi haiwan peliharaan mampu merapatkan kita.

3-Kesihatan jantung
The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) and the National Institute of Health (NIH),telah menjalankan ujian berkaitan jantung keatas pemelihara haiwan2 kesayangan dan telah mendapati bahawa pemelihara haiwan mempunyai paras kolesterol dan triglycerides yang rendah, dan ini mampu mengurangkan risiko mendapat serangan jantung.
Bagi yang pernah mengalami serangan sakit jantung, kajian juga mendapati mereka dapat sembuh dengan lebih pantas dengan kehadiran haiwan kesayangan.

2-Lebih cergas serta pengawalan berat badan.
Anjing boleh dijadikan teman untuk bersukan.
(* Untuk yang muslim, boleh kejar kucing kat laman kita ya..diorang kan suka main kejar2.)


1-Peneman Setia, mengurangkan stress.
Mesti ramai yang setuju dengan manafaat no.1 ni..kalau kita tengah murung atau sedih atau stress, cuba urut dan belai kucing atau anjing kesayangan kita, pasti hati kita terubat kan.
Kadang2 dengan memerhati gelagat nakal mereka boleh membuatkan kita nak tergelak dan tersenyum sorang2 kan?

*Boleh refer link ni >
www.care2.com/greenliving/top-5-health-benefits-of-having-a-pet.html?

Maka sayangilah haiwan peliharaan kita sebab mereka pun makhluk Allah jugak kan?

Sunday, October 20, 2013

Tanda kucing bunting/mengandung

Ada beberapa tanda yang boleh dilihat.


Disebabkan tempoh mengandung hanyalah sekitar 9 minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:


  • Peningkatan selera makan
  • Puting susu menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)
  • Bahagian perut semakin membulat.

Mesti seronok nak dapat baby bulus baru kan..

Saturday, October 12, 2013

Wet Food (makanan tin) vs Dry Food (kibble)

"Kalau dah ada dry food/kibble untuk kucing, kenapa nak hidang makanan dalam tin (wet food) pulak untuk kucing? Khasiat dia sama je kan?"

Ini mungkin soalan yang sering ditanya oleh pemelihara kucing. 

Begitu juga dengan perbezaan antara premium cat food dan commercial cat food. Boleh rujuk di post Memilih Makanan Kucing.


So, mana yang lebih bagus? Wet food atau dry food? 
Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing yerr. Kita dah buat sedikit research kat google,kita dapat buat kesimpulan berikut :-

" The best dry food is better for your cat than the worst wet/canned food"

Majoriti menghidangkan kucing-kucing mereka dengan dry food/kibble. Dry food terutamanya yang low-quality kurang nutrisi/khasiat berbanding wet food. Ini kerana low-quality dry food banyak mengandungi 'filler'. (Check kat Mr.Wikipedia ni -> Filler (animal food). Penggunaan 'filler' dalam pembuatan makanan haiwan dipercayai untuk menjimatkan kos pengeluar makanan tersebut berbanding penggunaan daging. Maka, makanan kucing dapat dijual dengan lebih murah.

Wet/canned food mengandungi 78% kelembapan (moisture content) berbanding hanya 10% kelembapan pada dry food. Boleh semak kat majoriti bungkusan makanan kucing memang ada tertulis Moisture 10%. Kucing yang cuma diberi makan dry food perlu di berikan minum air bersih selalu kerana kekurangan moisture content dalam dry food boleh menyebabkan masalah kesihatan pada kucing seperti batu karang dan 'Chronic Renal Failure'.Sekarang ada bekas minuman kucing iaitu Cat Water Fountain yang boleh menggalakkan kucing rajin minum air (sebab kucing mempunyai tahap kehausan yang rendah, so kena galakkan minum air selalu).

Kucing yang sentiasa dihidang dry food 24 jam juga  besar kemungkinan menghidap obesiti dan juga diabetes...memang kucing gemuk nampak cute, tapi kesian kan kalau umur pun singkat...Ini kerana dry food mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi. Adalah digalakkan untuk menghidang/memberi mereka makan 2 kali sehari, dan jangan manjakan dengan sentiasa supply makanan 'non-stop' kepada mereka (walau tak tahan mendengar tangisan ngiau mereka). Bagi mengelakkan kucing kita mendapat diabetes, disarankan untuk memilih dry food kategori premium atau menghidangkan wet food kepada mereka selalu.

JADI adakah wet food yang paling bagus untuk dihidangkan kepada kucing2 kita ye? ...TIDAK SEMESTI NYA..

Dry food kategori premium/super premium/holistic adalah lebih bagus dan berkualiti dari wet food yang 'low-quality'/murah. Kena periksa kandungan/ingredient pertama dalam makanan tin mestilah dari sumber seperti daging, ayam atau ikan.

Malahan sesetengah kucing yang selalu diberi makan wet food akan menghidapi masalah gigi termasuk gingivitis.

Terpulang lah kepada kita sebagai pencinta kucing untuk memilih kaedah pemakanan (diet) yang sesuai untuk kucing kita. Mereka juga makhluk Allah yang perlu dikasihani dan disayangi.



Monday, October 7, 2013

Neuter (kasi) kucing, umur yang sesuai.

Neuter (untuk si jantan)= Spaying (untuk si betina) = Kasi/Mandulkan kucing (atau anjing,dll).

What is spaying and neutering?
Neutering is the general term for feline sterilization, as well as the term for the procedure that removes a male cat's testicles. Alternatively, females may get spayed, the term for the procedure that removes her ovaries and uterus. Both procedures require general anaesthesia, and your kitten will likely stay at the veterinarian for anywhere between a few hours to a few days afterward to recoup.
(sumber diambil dari PURINA website)

Masa terbaik untuk kucing betina ialah pada usia antara 4-6 bulan, manakala untuk kucing jantan diantara usia 6-9 bulan, sebelum kucing jantan tu mula aktiviti 'memancit' kesana kemari..hihi. Tetapi kalau usia lebih dewasa dari usia yang disarankan oleh vet pun kira ok jugak. Takde masalah sebenarnya kalau nak 'kasi' kan kucing kita yang dah lanjut usia tu. 

Kebaikan meng'kasi' kucing ni supaya kucing kita lebih jinak dan manja, tak suka keluar merayau2, serta mengurangkan jangkitan pada uterus atau tumor pada kucing betina. 

Kucing yang telah di'kasi' akan bertambah berat badan sekiranya kita tidak mengawal diet mereka.

Tetapi yang paling penting kita dapat mengawal pembiakan kucing yang akhirnya akan hidup terbiar tanpa kasih sayang.

ADOIII....

Saturday, October 5, 2013

Pose dari Nemo yang macho


Hi! Nama saya Nemo. Saya nak berkenalan dan bercinta dengan 
mama Mulan.


Hmmm...masih bergetah jugak mama Mulan ni ye walaupun dah beranak 2 kali..gedik pun boleh tahan mama ni..

Beza premium cat food dan komersial.

Malahan perbezaan dapat dilihat dari bentuk makanan kucing itu sendiri.
Sebelah kiri ialah makanan komersial dan di kanan ialah makanan premium.
Makanan komersial banyak menggunakan pewarna dan nampak kering tetapi makanan premium biasanya berwarna coklat (tanpa pewarna) dan nampak berminyak.


Pilihan adalah ditangan kita sebagai pencinta kucing. Kalau tak nak kucing kita menanggung sakit di kemudian hari, jadi tukarkan corak pemakanan mereka. Boleh dimulakan denaan mencampur dahulu komersial dengan premium. Dan sekali sekala diberikan wet food. Paling penting jangan lupa sentiasa berikan air bersih kepada kucing kita k.

*search Meow Ku Sayang di fb untuk like page kami k.

Thursday, October 3, 2013

Memilih Makanan Kucing


Raw food adalah yang terbaik!
Nak kongsi serba sedikit kaedah memilih catfood mana yang lebih bagus.
  • Tengok 5 bahan pertama, yg lebih byk meat (chicken, beef, turkey, dll) adalah lebih baik. Dan pastikan kurang penggunaan bahan 'by product'. Kat dalam post ni ada diterangkan apakah 'by-product'. Scroll lebih lanjut untuk baca k. *tetapi ada juga produk premium guna by product yang telah ditambah DL-METHIONINE.
  • Kurang kandungan bijirin seperti corn, rice dll.
  • Jumlah protein yang lebih tinggi, at least 30% keatas.
Terdapat 3 kategori makanan kucing iaitu:
  1. super premium atau holistic,
  2. premium, dan 
  3. komersial
Super premium / holistic adalah paling mahal dan paling susah nak dapat. Kebanyakannya cuma boleh didapati di klinik haiwan. Dan komersial adalah paling murah dan mudah didapati seperti di pasaraya, dan kedai runcit.

Steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan, jagung, gandum, soy, tak baik untuk kucing. Cuba elakkan bahan-bahan tadi terutamanya yang by-product itu. Perasa tambahan (especially garam) juga tak baik untuk kucing.

Apa itu 'By-product'?
Bahagian haiwan yang tidak dimakan oleh manusia. Contohnya 'chicken by-product', ianya cumalah bahagian terbuang dari ayam tu. Macam paruh, kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Sama jugak kalau beef ataupun lamb by-product. Cuma bahagian buangan yang di proses serta ditambah perasa dan 'filler' untuk buat makanan kucing ni. Kesian kucing kan. Dapat makan sisa-sisa yang belum tentu ada khasiat. Di sebabkan by-product ni la makanan kucing tersebut murah. Makanan yang gunakan 'by-product ' biasanya nampak kering, tak lembap dan tak berminyak berbanding dengan kategori premium dan super premium. Tetapi ada juga jenama premium yang gunakan by-product tetapi dicampur dengan DL-METHIONINE untuk elak pembentukan batu karang.

(DL-Methionine is for use to acidify the urine of dogs and cats. DL-Methionine also aids in controlling the odor from feline and canine urine residues. Given to prevent struvite stones and struvite crystals from forming in the urine.
-sumber dr.Amazon.

Dan jangan lupa untuk sentiasa memberikan kucing kita minum air yang bersih. Sentiasa pastikan kita menukar air dalam tempat minuman mereka. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rasa haus yang kurang jika dibandingkan dengan anjing.

Kitties Garden juga ada menjual premium cat food secara repack 500gm dan 1kg untuk jenama Vet Master dan Pet Time Nutram. Klik pada link seperti di bawah:

Pet Time Nutram
Vetmaster

Wednesday, October 2, 2013

Vetmaster cat food

Untuk jualan area bandar Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak. Untuk bandar2 lain dalam Sarawak, kami boleh pos. Tapi kos pos ditanggung pelanggan.

Kami jual repack 500gm dan 1kg sahaja.
-500gm Rm8.50
-1kg Rm15.00

Kalau nak request original packing (3kg), kami boleh aturkan.

Apa itu Vetmaster Cat Food?
-Introducing NEW & IMPROVED Vetmaster by Cargill Incorporated, U.S.A.
-Categorized as premium cat food with low price.
-It is economical especially for owner with multicats, or under budget but still want the best for your furkids.
- 100% complete and balanced for all life stages
-Analysis
Crude Protein (min.) - 30%
Crude Fat (min.) - 10%
Crude Fiber (max.) - 3.0%
Moisture (max.) - 10%
- Reduced magnesium and ash for healthy urinary tract
- Added taurine for healthy heart and eyes
- Shape and size of kibble for better dental health
- Essential fatty acids for healthy skin and beautiful coat
- Yucca extract for reduced fecal odor
- Added Organic Zinc
- Suci dan Bersih

Tuesday, October 1, 2013

Furry Halloween Contest by Petfinder

Please click at the link provided below.

Contest Furry Halloween.

So dress up ur cuties in the most scary costumes.




Friday, August 30, 2013

Penawar Meningkatkan Daya Ingatan

1) Berdoa kepada Allah SWT
-Fitrah manusia itu ialah lemah. Maka semestinya sifat lupa pasti ada. Maka manusia perlu memohon kekuatan daripada Allah dengan sering berdoa dengan ikhlas dan merendah diri.

2) Tinggalkan dosa dan maksiat
-Ilmu ibarat cahaya dan kain putih, manakala dosa dan maksiat ibarat lumpur dan kegelapan. Jika kita hendak ilmu masuk kedalam hati tanpa melupakannya, maka kita harus mengikis dan membuang dahulu segala maksiat dan dosa dalam hati kita.

3) Perbanyakkan istighfar kepada Allah SWT.
-Kita perlu yakin bahawa Allah SWT yang memberi kesusahan dan kesukaran, dan Dia lah yang juga memberi jalan keluar dari kesusahan dan kesukaran.

4) Selalu belajar, beramal & sampaikan kepada orang lain.

5) Memperindahkan akhlak.
Jika akhlak kita baik, maka hati dan dalamannya akan tenang. Maka mudah untuk ilmu masuk kedalam hati kita.

Monday, June 24, 2013

Dah 5 minggu..

Dah pandai pee n poo, nak kena cari litter sand yg sesuai. Boleh ke guna yg hamster wood tu ye?
Di alu-alukan untuk memberi pandangan kalau terbaca post ni k.

Saturday, June 8, 2013

Anak2 bulus terbaru.

Lima ekor semuanya dari 2 ekor ibu kucing iaitu mulan dan fifi.
Bertambah meriah la keluarga kucing kami. Dan bertambah lah tugasan mr hubby.
Ni kena bina rumah kucing secepat mungkin. Kita dah tak nak kongsi bilik laundry dengan anak2 bulus ni semua.

Thursday, May 30, 2013

Friday, May 3, 2013

Contoh Rumah Kediaman Untuk Kucing

Tengah 'merayau-rayau' kat alam siber, konon nak carik idea untuk buat projek Cats' Enclosure', so terjumpa satu website omputih ni, CATIO SHOWCASE..Memang seronok la kucing2 dapat tinggal kat tempat camtu. Rasanya bukan kucing jer yang seronok, kita sebagai tuan nya pun tumpang sekaki kan..

Kat sini saya share beberapa contoh catio yang diorang buat. Kalau nak tengok full link, boleh scroll kebawah post ni untuk lihat link dia k.


Siap ada kolam lagi.

Ni mesti kos ribu raban nii..

Comell je..

Ni kalah ruang tamu rumah kita.

Sempoi jer.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME, MYSELF & I