SIHAT CANTIK CERGAS.

Thursday, October 3, 2013

Memilih Makanan Kucing


Raw food adalah yang terbaik!
Nak kongsi serba sedikit kaedah memilih catfood mana yang lebih bagus.
  • Tengok 5 bahan pertama, yg lebih byk meat (chicken, beef, turkey, dll) adalah lebih baik. Dan pastikan kurang penggunaan bahan 'by product'. Kat dalam post ni ada diterangkan apakah 'by-product'. Scroll lebih lanjut untuk baca k. *tetapi ada juga produk premium guna by product yang telah ditambah DL-METHIONINE.
  • Kurang kandungan bijirin seperti corn, rice dll.
  • Jumlah protein yang lebih tinggi, at least 30% keatas.
Terdapat 3 kategori makanan kucing iaitu:
  1. super premium atau holistic,
  2. premium, dan 
  3. komersial
Super premium / holistic adalah paling mahal dan paling susah nak dapat. Kebanyakannya cuma boleh didapati di klinik haiwan. Dan komersial adalah paling murah dan mudah didapati seperti di pasaraya, dan kedai runcit.

Steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan, jagung, gandum, soy, tak baik untuk kucing. Cuba elakkan bahan-bahan tadi terutamanya yang by-product itu. Perasa tambahan (especially garam) juga tak baik untuk kucing.

Apa itu 'By-product'?
Bahagian haiwan yang tidak dimakan oleh manusia. Contohnya 'chicken by-product', ianya cumalah bahagian terbuang dari ayam tu. Macam paruh, kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Sama jugak kalau beef ataupun lamb by-product. Cuma bahagian buangan yang di proses serta ditambah perasa dan 'filler' untuk buat makanan kucing ni. Kesian kucing kan. Dapat makan sisa-sisa yang belum tentu ada khasiat. Di sebabkan by-product ni la makanan kucing tersebut murah. Makanan yang gunakan 'by-product ' biasanya nampak kering, tak lembap dan tak berminyak berbanding dengan kategori premium dan super premium. Tetapi ada juga jenama premium yang gunakan by-product tetapi dicampur dengan DL-METHIONINE untuk elak pembentukan batu karang.

(DL-Methionine is for use to acidify the urine of dogs and cats. DL-Methionine also aids in controlling the odor from feline and canine urine residues. Given to prevent struvite stones and struvite crystals from forming in the urine.
-sumber dr.Amazon.

Dan jangan lupa untuk sentiasa memberikan kucing kita minum air yang bersih. Sentiasa pastikan kita menukar air dalam tempat minuman mereka. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rasa haus yang kurang jika dibandingkan dengan anjing.

Kitties Garden juga ada menjual premium cat food secara repack 500gm dan 1kg untuk jenama Vet Master dan Pet Time Nutram. Klik pada link seperti di bawah:

Pet Time Nutram
Vetmaster

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME, MYSELF & I