"Kalau dah ada dry food/kibble untuk kucing, kenapa nak hidang makanan dalam tin (wet food) pulak untuk kucing? Khasiat dia sama je kan?"
Ini mungkin soalan yang sering ditanya oleh pemelihara kucing.
Begitu juga dengan perbezaan antara premium cat food dan commercial cat food. Boleh rujuk di post Memilih Makanan Kucing.
So, mana yang lebih bagus? Wet food atau dry food?
Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing yerr. Kita dah buat sedikit research kat google,kita dapat buat kesimpulan berikut :-
" The best dry food is better for your cat than the worst wet/canned food"
Majoriti menghidangkan kucing-kucing mereka dengan dry food/kibble. Dry food terutamanya yang low-quality kurang nutrisi/khasiat berbanding wet food. Ini kerana low-quality dry food banyak mengandungi 'filler'. (Check kat Mr.Wikipedia ni -> Filler (animal food). Penggunaan 'filler' dalam pembuatan makanan haiwan dipercayai untuk menjimatkan kos pengeluar makanan tersebut berbanding penggunaan daging. Maka, makanan kucing dapat dijual dengan lebih murah.
Wet/canned food mengandungi 78% kelembapan (moisture content) berbanding hanya 10% kelembapan pada dry food. Boleh semak kat majoriti bungkusan makanan kucing memang ada tertulis Moisture 10%. Kucing yang cuma diberi makan dry food perlu di berikan minum air bersih selalu kerana kekurangan moisture content dalam dry food boleh menyebabkan masalah kesihatan pada kucing seperti batu karang dan 'Chronic Renal Failure'.Sekarang ada bekas minuman kucing iaitu Cat Water Fountain yang boleh menggalakkan kucing rajin minum air (sebab kucing mempunyai tahap kehausan yang rendah, so kena galakkan minum air selalu).
Kucing yang sentiasa dihidang dry food 24 jam juga besar kemungkinan menghidap obesiti dan juga diabetes...memang kucing gemuk nampak cute, tapi kesian kan kalau umur pun singkat...Ini kerana dry food mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi. Adalah digalakkan untuk menghidang/memberi mereka makan 2 kali sehari, dan jangan manjakan dengan sentiasa supply makanan 'non-stop' kepada mereka (walau tak tahan mendengar tangisan ngiau mereka). Bagi mengelakkan kucing kita mendapat diabetes, disarankan untuk memilih dry food kategori premium atau menghidangkan wet food kepada mereka selalu.
JADI adakah wet food yang paling bagus untuk dihidangkan kepada kucing2 kita ye? ...TIDAK SEMESTI NYA..
Dry food kategori premium/super premium/holistic adalah lebih bagus dan berkualiti dari wet food yang 'low-quality'/murah. Kena periksa kandungan/ingredient pertama dalam makanan tin mestilah dari sumber seperti daging, ayam atau ikan.
Malahan sesetengah kucing yang selalu diberi makan wet food akan menghidapi masalah gigi termasuk gingivitis.
Terpulang lah kepada kita sebagai pencinta kucing untuk memilih kaedah pemakanan (diet) yang sesuai untuk kucing kita. Mereka juga makhluk Allah yang perlu dikasihani dan disayangi.
No comments:
Post a Comment