SIHAT CANTIK CERGAS.

Saturday, April 27, 2013

Jalan2 tengok kucing di International Cat Show

So, hujung minggu lepas, seperti yang dah dijanjikan dengan anak2, kita pergi ke Kompleks Belia Dan Sukan Sarawak untuk melihat pertandingan/pameran kucing2 di sana.
Sangat ramai pengunjung yang datang, nak parking pun jauh.
Kita kongsikan kat blog ni beberapa gambar yang sempat diambil.

Friday, April 26, 2013

Fifth Cat City International CFA Cat Show


Fifth Cat City International CFA Cat Show akan diadakan pada hujung minggu ni (27 & 28 Aprol 2013) di Kompleks Belia & Sukan Sarawak. Pertandingan dianjurkan oleh Sarawak Cat Club, Royal Canin Malaysia serta beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Dianggarkan sebanyak 225 kucing akan turut serta dalam pertandingan ini dan bukan sahaja penyertaan dari Sarawak, tetapi juga dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Brunei, indonesia, Thailand dan negara2 lain. Pertandingan kucing ini adalah acara tahunan untuk negeri Sarawak semenjak tahun 2008 lagi.

Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kucing Bulu Panjang dan Kucing Bulu Pendek, untuk pedigree ataupun domestik.

Juri-juri dari  US adalah Norman Auspitz, Gloria Hoover, Kathy Black, Vicki Abelson, Jan Rogers, Vicky Nye, dan dari Rusia adalah John Webster dan Irina Karchenko. Master clerk ialah Tiya Nancy dari Thailand.

Acara dibuka untuk tontonan umum dari jam 10am ke 5pm.

Kami sekeluarga akan ke sana untuk melihat kucing2 yang bertanding, In shaa Allah..

Simon's Cat Video, video animasi kucing yang amat comel

Memang seronok tengok video animasi Simon's Cat ni...cute sesangat..

Ada banyak video Simon's Cat di YouTube jugak. Boleh subscribe jugak.


 Ini video Screen Grab, gelagat kucing tengok tv.

 Ini pulak link ke website -> Simon's Cat. 

Wednesday, April 17, 2013

Video Kucing Comel 1

Memang seronok tengok gelamat si comel yang pelbagai..jom layan ni jap, best..

Paling best tengok klip yang terakhir sekali. 








Nak jugakkk...

Cerita pagi tadi. Biasanya kita tak biarkan anak2 bulus ni masuk ke ruang tamu waktu awal pagi. Tapi si tommy ni dengan cepat menyelinap masuk. Lapar la tuu...
Apa lagi, kena kacau la si abang yang tengah breakfast cereal sebelum pi tadika.
"kita nak jugak la abang..kita pun nak gi sekolah jap lagi.."
"ishhh tommy ni, kucing mana gi sekolah...tipu laa"


Tuesday, April 16, 2013

Cik fifi calico

Satu2 nya kucing betina yang masih belum beranak lagi. Dulu pernah cuba nak mate kan dia, tapi tak menjadi pulak mating proses tu. Agaknya sekejap sangat si jantan tu duduk serumah ngan fifi ni.
Kebelakangan ni, si fifi ni selalu kena marah ngan si nandong, kucing betina kami yang senior dari dia. Tak tahu lah kenapa. Tapi si fifi tak pulak melawan.
Nak google la nanti sebab apa diorang boleh tak kamceng pulak.

Friday, April 12, 2013

Suatu petang di hujung minggu

Actually dah lama ambik gambar2 ni tapi lupa pulak nak upload.
Bukan main seronok anak2 bulus ni dapat bermain kat padang rumput. Siap main kejar2 dan sorok2 lagi.
Tengok je lah gelagat diorang ni.
Jom kita main nyorok2 Jerry? Tommy tu sibuk main ngan daun kering jerr.
Mehh aku nak kejutkan kau Tommy..
Jom cari jalan keluar dari sini..
Hmm..mesti  budak kecik tu merajuk kitorang tak main ngan dia.
Mentang2 aku ni kecik, diorang tak nak ajak aku main sekali yerr..
Ehh ehh...apa ni Fifi..
Jom tolong kutip daun kering ni Fifi.
Tak nak balik la kakkk...lepas kan kitaa..

Thursday, April 11, 2013

Rumah kucing

Ni kita nak kongsikan gambar2 rumah kucing yang kita kumpul dari google. Angan2 nak buat rumah kucing untuk anak2 bulus kita nanti. Semoga angan2 jadi kenyataan. Aminnn...


Best kan?

Anak Bulus Kami

Separuh dari anak bulus kami.
Tommy dan Jerry
Sasuki
Sasuke
Fifi (bulu calico)

Wednesday, April 10, 2013

Dbku half price neutering promotion day.

When?
Last saturday 6th april till sunday 7th april 2013


Where?
Dbku satok parking lot.


What?
To bring cash rm40/pet, utility bill as proof u stay in dbku area, and IC.


Registration


Part of the morning crowd.



Free Smartheart kibbles



Kitties for adoption

The importance of neutering your cats. Just look at this cat family tree. 

 

Tommy & Jerry Lagi.

Sorry yerr...asyik2 citer budak 2 ekor ni jer. Nanti kita letakkan gambar anak bulus yang lain pulak k. 

Comey tak kiterr? (ala-ala dialog iklan comey tak kak ton?)
Hihihi...
Ok tak pose nih? Ada gaya tak kiter?

Penat lah berdiri...pose camni la pulak.

Ganas tak muka kita orang mama? Ada rupa gengster tak?

Ngantuk ahh..baring jap ngan mama mulan nihh..

Petua Mencegah Kurap atau Fungus Kucing | My Dearcats DC


Petua Mencegah Kurap atau Fungus Kucing | My Dearcats DC: t

3 ekor anak2 bulus yang berusia 4 bulan dah dijangkiti kurap..tensyen jugak bila tengok budak2 cute tuhh dah ada yang rupa 'ayam togel'...alahaii..

So kita 'google' la sikit pasal kurap ni dan cara mencegah/menghilangkan kurap ni. Kita suka petua dari blog My Dearcats DC. Hopefully hilang lah kurap2 kat badan diorang dan berubah semula menjadi 'beauties' semula. Sila klik pada link diatas untuk melihat petua dari DC, okehh..

*Tak sanggup nak upload gambar diorang kat blog..huhu..*

Gambar contoh sahaja. 
Kurap pada kucing yang boleh menjangkiti manusia. Tompok merah tu ialah 'ringworm'

Friday, April 5, 2013

Kisah Tommy, abang dan mamee..

Tommy: Bang,mintak la sikit keropok mamee ya...
Abang: Uuuu...sik bolehhh...
Tommy: ishhh lokek lah abang tok...kelak kamek urut kaki kita kehh..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME, MYSELF & I