SIHAT CANTIK CERGAS.

Friday, March 21, 2014

Jamban moden untuk kucing yang memudahkan tugasan tuan kucing.

Harga Kami RM180.00 (tak termasuk pos). Kalau berminat boleh email ke prettymommieshop@gmail.com

Jamban moden yang menyenangkan kerja kita untuk membersihkan najis anak bulus.Di rekomenkan penggunaannya kepada pencinta kucing yang ada banyak kucing. Saiz yang besar dan tidak sesuai untuk di letak dalam kandang kecil sebab memang tak muat. 








Lebih banyak info di sini >>> SMARTSIFT

Kita pun dah guna jugak untuk 5 ekor anak bulus kita, boleh tengok posting kat link ni
Litterbox Baru Dah Sampai...

Thursday, March 20, 2014

Tips menukar diet/makanan baru untuk kucing.

"Bukan kita yang buat laa.."
Baru-baru ni kita dapat satu peket percuma Proformance dari pet shop. Proformance merupakan salah satu produk super premium di pasaran dan harganya agak mahal la jugak. Ia mengandungi 33% protein yang mana kandungan protein yang tinggi adalah bagus untuk kucing. 

So, mr hubby kasik lak anak2 bulus semua cuba Proformance. Haaa...esok nyer semua anak2 bulus cirit birit dan mr hubby pun bising cakap produk tu tak bagus. Ni memang mr hubby hidangkan Proformance tu tanpa campur dengan kibbles yang diorang makan selama ni. Benar sekali tekaan kita. Huhh..patutlah anak2 bulus semua cirit birit.

Jadi, kita google kan la kaedah terbaik kalau nak tukar makanan kucing. Cara terbaik ialah dengan mencampurkan makanan baru itu dengan makanan sedia ada secara berperingkat. Mulakan dengan sedikit sahaja dan boleh lah ditambahkan setelah beberapa hari. Proses mungkin mengambil masa beberapa minggu, jadi kenalah bersabar. Ini adalah untuk membantu sistem penghadaman kucing menyesuaikan diri dengan makanan baru tanpa mengakibatkan sembelit, muntah-muntah, cirit-birit dan lain2 alahan.

Dan ada sesetengah kucing memang tak akan gemar dengan rasa serta tekstur makanan tertentu dan kucing2 ni tidak akan dapat terima makanan tersebut. Apa yang perlu dilakukan? Tukar je lah kepada jenama/produk lain dengan perisa, bau serta aroma yang berbeza. 

So, dinasihatkan kalau ada plan nak tukar makanan kucing, baik beli yang dalam pek2 kecil tu dulu untuk test kucing kita punya penerimaan. Takut nanti membazir la pulak...

Paling penting, air untuk kucing harus sentiasa ada.

"Hari-hari makan ni jerr...boring ahhh..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME, MYSELF & I