SIHAT CANTIK CERGAS.

Thursday, March 21, 2013

Beberapa Sikap Kucing Yang Perlu Kita Tahu

Kalau ada memelihara kucing tuu, berkenal-kenal lah dengan kucing kita tau. Jangan asyik dikandang jer memanjang. Kesian kat kucing2 yang asyik dok dalam 'penjara' jer. At least sekali seminggu lepaskan la diorang sekejap dlm rumah atau kat laman tu.
So, kat bawah ni ada tip sikit pasal sikap kucing yang nak dikongsikan bersama.


Penah tak kena 'grooming' oleh kucing kita? Itu ertinya kucing anggap kita sebahagian dari dirinya...hmmm..

Tommy tengah mengurut rambut kak Dania..


Kalau kucing kita suka gesel2 kat badan kita, dia dah 'mark' kita sebagai satu dari 'harta benda kesayangan' dia..*jgn dia kencing kat kita jerr..hihi*

Kalau kucing bawa balik 'mangsa pembunuhan' dia, anggaplah itu sebagai hadiah dari dia untuk kita kehh..jangan marah2 kat dia walaupun kita tak suka hadiah tu.

Jangan risau kalau kucing kita asyik tido jerr. Sebab memang fitrah diorang tido lebih kurang 16jam sehari. Kalau kita manusia yang tido camtu, lebih baik tukar jadi kucing jer.



Kucing akan tunjukkan reaksi 'ketidaksukaan' dia sekira telinga diorang 'rebah' ke belakang dan sebaliknya untuk menunjukkan reaksi kesukaan nya.

Setakat tu jer yang dapat dikongsikan dalam post ni..Nanti kita cari lagi dan share kat blog ni k..

Terima KAsih singgah!

Tommy, DLH warna oren kesayangan kami.

Nak upload beberapa gambar si Tommy untuk tatapan pengunjung kat blog ni.
Usia Tommy dalam bulan Mac ni lebih kurang 1tahun 2bulan.


Monday, March 18, 2013

SmartSift litter box dah sampai.

Akhirnya bang posmen dah selamat menghantarkan smartsift yang bukan main besar lagi kotaknya....tq bg posmen dan tq pn As.
Tujuan membeli smartsift ni sebab nak ringankan tugas mr hubby yg setiap pagi kena cuci litterbox anak2 bulus seramai 9 ekor kat rumah ni. Selain meringankan tugas, masa pun boleh dijimatkan.
Dah 3 hari guna, so far so good. Dan anak2 bulus pun cepat blajar menggunakan modern toilet diorang tu...kelasss tol la korang dapat pakai toilet yang rega ratusan hinggit.


Kotak Smartsift = 10kg
Fifi tunggu giliran nak guna toilet.
Dah siap pasang

Friday, March 15, 2013

Tips memandikan anak kucing yang ada kutu.

Kucing peliharaan haruslah sentiasa bebas dari kutu (atau nama glamer nya Sengkenit). Untuk menghapuskan sengkenit dari kucing dewasa adalah lebih mudah iaitu dengan memasang 'flea collar' atau memberikan ubatan hapus kutu (anti flea).

Tetapi bagi si anak2 kucing yang dijangkiti sengkenit, cara yang paling sesuai ialah dengan sentiasa memandikannya. Mandi dengan syampu kucing yang biasa-biasa tu sahaja. Kalau menggunakan syampu berubat, ini boleh menyakitkan mata anak kucing sekiranya terkena.

Gambar dibawah menunjukkan kitaran hidup si sengkenit ni...dia juga boleh hinggap kat manusia dan hisap darah kita (cam pontianak la plak..)



Untuk memandikan anak-anak kucing ni senang je...

1) Isi besen sederhana tinggi dengan air suam-suam kuku.
2) Basahkan bulu anak kucing, kemudian lumurkan syampu ke seluruh badan anak kucing termasuk bawah perut, celah kaki, dan jugak ekor die.
3) Pastikan mata, telinga dan mulut kucing tidak dimasuki syampu.
4) Bersihkan anak kucing dengan air. Ulangi perkara 2 diatas jika perlu.
5) Keringkan anak kucing dengan kain. Kalau boleh elakkan 'hair dryer' sebab mereka takut dengar bunyi 'hair dryer' (nanti diorang fobia sampai ke besar, cam kucing-kucing kami).
6) Lepas tu boleh la hadiahkan diorang dengan makanan kegemaran diorang.

**Bagi anak-anak kucing yang mempunyai kutu ni, kalau boleh di mandikan setiap minggu. Supaya kita rasa selesa bila nak bermanja atau bermain dengan diorang. Takde la rasa takut kena gigit sengkenit nanti kan.

"Tolong...tolong...datuk sengkenit kan belakang kita nii..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME, MYSELF & I