SIHAT CANTIK CERGAS.

Friday, March 15, 2013

Tips memandikan anak kucing yang ada kutu.

Kucing peliharaan haruslah sentiasa bebas dari kutu (atau nama glamer nya Sengkenit). Untuk menghapuskan sengkenit dari kucing dewasa adalah lebih mudah iaitu dengan memasang 'flea collar' atau memberikan ubatan hapus kutu (anti flea).

Tetapi bagi si anak2 kucing yang dijangkiti sengkenit, cara yang paling sesuai ialah dengan sentiasa memandikannya. Mandi dengan syampu kucing yang biasa-biasa tu sahaja. Kalau menggunakan syampu berubat, ini boleh menyakitkan mata anak kucing sekiranya terkena.

Gambar dibawah menunjukkan kitaran hidup si sengkenit ni...dia juga boleh hinggap kat manusia dan hisap darah kita (cam pontianak la plak..)



Untuk memandikan anak-anak kucing ni senang je...

1) Isi besen sederhana tinggi dengan air suam-suam kuku.
2) Basahkan bulu anak kucing, kemudian lumurkan syampu ke seluruh badan anak kucing termasuk bawah perut, celah kaki, dan jugak ekor die.
3) Pastikan mata, telinga dan mulut kucing tidak dimasuki syampu.
4) Bersihkan anak kucing dengan air. Ulangi perkara 2 diatas jika perlu.
5) Keringkan anak kucing dengan kain. Kalau boleh elakkan 'hair dryer' sebab mereka takut dengar bunyi 'hair dryer' (nanti diorang fobia sampai ke besar, cam kucing-kucing kami).
6) Lepas tu boleh la hadiahkan diorang dengan makanan kegemaran diorang.

**Bagi anak-anak kucing yang mempunyai kutu ni, kalau boleh di mandikan setiap minggu. Supaya kita rasa selesa bila nak bermanja atau bermain dengan diorang. Takde la rasa takut kena gigit sengkenit nanti kan.

"Tolong...tolong...datuk sengkenit kan belakang kita nii..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME, MYSELF & I