1) Berdoa kepada Allah SWT
-Fitrah manusia itu ialah lemah. Maka semestinya sifat lupa pasti ada. Maka manusia perlu memohon kekuatan daripada Allah dengan sering berdoa dengan ikhlas dan merendah diri.
2) Tinggalkan dosa dan maksiat
-Ilmu ibarat cahaya dan kain putih, manakala dosa dan maksiat ibarat lumpur dan kegelapan. Jika kita hendak ilmu masuk kedalam hati tanpa melupakannya, maka kita harus mengikis dan membuang dahulu segala maksiat dan dosa dalam hati kita.
3) Perbanyakkan istighfar kepada Allah SWT.
-Kita perlu yakin bahawa Allah SWT yang memberi kesusahan dan kesukaran, dan Dia lah yang juga memberi jalan keluar dari kesusahan dan kesukaran.
4) Selalu belajar, beramal & sampaikan kepada orang lain.
5) Memperindahkan akhlak.
Jika akhlak kita baik, maka hati dan dalamannya akan tenang. Maka mudah untuk ilmu masuk kedalam hati kita.
No comments:
Post a Comment