SIHAT CANTIK CERGAS.

Sunday, October 27, 2013

Haiwan Peliharaan Dapat Meningkatkan Tahap Kesihatan Seseorang

Terbaca kat satu website omputih www.care2.com tentang 5 manafaat memelihara haiwan kesayangan terhadap tahap kesihatan pemeliharanya.

Secara ringkas seperti berikut lah ye.

My boy ni memang suka buli kucing.
"sabar je ler aku", agaknya itu la yang si kucing cakap dalam hati.
5-Memperbaiki pernafasan.
Selalu kita dengar org kata bulu kucing boleh menyebabkan penyakit lelah keatas kanak2. Tetapi satu kajian oleh James E.Gern, seorang pakar kanak-kanak dari University of Wisconsin-Madison, mendapati bahawa dengan memelihara haiwan boleh mengurang kan sehingga 33% untuk kanak-kanak mendapat sebarang alahan. Kajian beliau yang di terbitkan dalam Journal of Allergy and Clinical Immunology juga mendapati bahawa kanak-kanak yang terdedah lebih awal akan mempunyai sistem imun yang lebih tinggi.

4-Merapatkan hubungan
Setuju kan? Biasanya kalau kita ada kucing atau anjing, ianya akan menjadi topik perbualan antara kita dengan kawan2 atau ahli keluarga. Kadang2 haiwan kita ni boleh menjadi 'ice breaker' antara kita dengan orang yang baru kita kenali yang mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Tapi haiwan peliharaan mampu merapatkan kita.

3-Kesihatan jantung
The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) and the National Institute of Health (NIH),telah menjalankan ujian berkaitan jantung keatas pemelihara haiwan2 kesayangan dan telah mendapati bahawa pemelihara haiwan mempunyai paras kolesterol dan triglycerides yang rendah, dan ini mampu mengurangkan risiko mendapat serangan jantung.
Bagi yang pernah mengalami serangan sakit jantung, kajian juga mendapati mereka dapat sembuh dengan lebih pantas dengan kehadiran haiwan kesayangan.

2-Lebih cergas serta pengawalan berat badan.
Anjing boleh dijadikan teman untuk bersukan.
(* Untuk yang muslim, boleh kejar kucing kat laman kita ya..diorang kan suka main kejar2.)


1-Peneman Setia, mengurangkan stress.
Mesti ramai yang setuju dengan manafaat no.1 ni..kalau kita tengah murung atau sedih atau stress, cuba urut dan belai kucing atau anjing kesayangan kita, pasti hati kita terubat kan.
Kadang2 dengan memerhati gelagat nakal mereka boleh membuatkan kita nak tergelak dan tersenyum sorang2 kan?

*Boleh refer link ni >
www.care2.com/greenliving/top-5-health-benefits-of-having-a-pet.html?

Maka sayangilah haiwan peliharaan kita sebab mereka pun makhluk Allah jugak kan?

Sunday, October 20, 2013

Tanda kucing bunting/mengandung

Ada beberapa tanda yang boleh dilihat.


Disebabkan tempoh mengandung hanyalah sekitar 9 minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:


  • Peningkatan selera makan
  • Puting susu menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)
  • Bahagian perut semakin membulat.

Mesti seronok nak dapat baby bulus baru kan..

Saturday, October 12, 2013

Wet Food (makanan tin) vs Dry Food (kibble)

"Kalau dah ada dry food/kibble untuk kucing, kenapa nak hidang makanan dalam tin (wet food) pulak untuk kucing? Khasiat dia sama je kan?"

Ini mungkin soalan yang sering ditanya oleh pemelihara kucing. 

Begitu juga dengan perbezaan antara premium cat food dan commercial cat food. Boleh rujuk di post Memilih Makanan Kucing.


So, mana yang lebih bagus? Wet food atau dry food? 
Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing yerr. Kita dah buat sedikit research kat google,kita dapat buat kesimpulan berikut :-

" The best dry food is better for your cat than the worst wet/canned food"

Majoriti menghidangkan kucing-kucing mereka dengan dry food/kibble. Dry food terutamanya yang low-quality kurang nutrisi/khasiat berbanding wet food. Ini kerana low-quality dry food banyak mengandungi 'filler'. (Check kat Mr.Wikipedia ni -> Filler (animal food). Penggunaan 'filler' dalam pembuatan makanan haiwan dipercayai untuk menjimatkan kos pengeluar makanan tersebut berbanding penggunaan daging. Maka, makanan kucing dapat dijual dengan lebih murah.

Wet/canned food mengandungi 78% kelembapan (moisture content) berbanding hanya 10% kelembapan pada dry food. Boleh semak kat majoriti bungkusan makanan kucing memang ada tertulis Moisture 10%. Kucing yang cuma diberi makan dry food perlu di berikan minum air bersih selalu kerana kekurangan moisture content dalam dry food boleh menyebabkan masalah kesihatan pada kucing seperti batu karang dan 'Chronic Renal Failure'.Sekarang ada bekas minuman kucing iaitu Cat Water Fountain yang boleh menggalakkan kucing rajin minum air (sebab kucing mempunyai tahap kehausan yang rendah, so kena galakkan minum air selalu).

Kucing yang sentiasa dihidang dry food 24 jam juga  besar kemungkinan menghidap obesiti dan juga diabetes...memang kucing gemuk nampak cute, tapi kesian kan kalau umur pun singkat...Ini kerana dry food mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi. Adalah digalakkan untuk menghidang/memberi mereka makan 2 kali sehari, dan jangan manjakan dengan sentiasa supply makanan 'non-stop' kepada mereka (walau tak tahan mendengar tangisan ngiau mereka). Bagi mengelakkan kucing kita mendapat diabetes, disarankan untuk memilih dry food kategori premium atau menghidangkan wet food kepada mereka selalu.

JADI adakah wet food yang paling bagus untuk dihidangkan kepada kucing2 kita ye? ...TIDAK SEMESTI NYA..

Dry food kategori premium/super premium/holistic adalah lebih bagus dan berkualiti dari wet food yang 'low-quality'/murah. Kena periksa kandungan/ingredient pertama dalam makanan tin mestilah dari sumber seperti daging, ayam atau ikan.

Malahan sesetengah kucing yang selalu diberi makan wet food akan menghidapi masalah gigi termasuk gingivitis.

Terpulang lah kepada kita sebagai pencinta kucing untuk memilih kaedah pemakanan (diet) yang sesuai untuk kucing kita. Mereka juga makhluk Allah yang perlu dikasihani dan disayangi.



Monday, October 7, 2013

Neuter (kasi) kucing, umur yang sesuai.

Neuter (untuk si jantan)= Spaying (untuk si betina) = Kasi/Mandulkan kucing (atau anjing,dll).

What is spaying and neutering?
Neutering is the general term for feline sterilization, as well as the term for the procedure that removes a male cat's testicles. Alternatively, females may get spayed, the term for the procedure that removes her ovaries and uterus. Both procedures require general anaesthesia, and your kitten will likely stay at the veterinarian for anywhere between a few hours to a few days afterward to recoup.
(sumber diambil dari PURINA website)

Masa terbaik untuk kucing betina ialah pada usia antara 4-6 bulan, manakala untuk kucing jantan diantara usia 6-9 bulan, sebelum kucing jantan tu mula aktiviti 'memancit' kesana kemari..hihi. Tetapi kalau usia lebih dewasa dari usia yang disarankan oleh vet pun kira ok jugak. Takde masalah sebenarnya kalau nak 'kasi' kan kucing kita yang dah lanjut usia tu. 

Kebaikan meng'kasi' kucing ni supaya kucing kita lebih jinak dan manja, tak suka keluar merayau2, serta mengurangkan jangkitan pada uterus atau tumor pada kucing betina. 

Kucing yang telah di'kasi' akan bertambah berat badan sekiranya kita tidak mengawal diet mereka.

Tetapi yang paling penting kita dapat mengawal pembiakan kucing yang akhirnya akan hidup terbiar tanpa kasih sayang.

ADOIII....

Saturday, October 5, 2013

Pose dari Nemo yang macho


Hi! Nama saya Nemo. Saya nak berkenalan dan bercinta dengan 
mama Mulan.


Hmmm...masih bergetah jugak mama Mulan ni ye walaupun dah beranak 2 kali..gedik pun boleh tahan mama ni..

Beza premium cat food dan komersial.

Malahan perbezaan dapat dilihat dari bentuk makanan kucing itu sendiri.
Sebelah kiri ialah makanan komersial dan di kanan ialah makanan premium.
Makanan komersial banyak menggunakan pewarna dan nampak kering tetapi makanan premium biasanya berwarna coklat (tanpa pewarna) dan nampak berminyak.


Pilihan adalah ditangan kita sebagai pencinta kucing. Kalau tak nak kucing kita menanggung sakit di kemudian hari, jadi tukarkan corak pemakanan mereka. Boleh dimulakan denaan mencampur dahulu komersial dengan premium. Dan sekali sekala diberikan wet food. Paling penting jangan lupa sentiasa berikan air bersih kepada kucing kita k.

*search Meow Ku Sayang di fb untuk like page kami k.

Thursday, October 3, 2013

Memilih Makanan Kucing


Raw food adalah yang terbaik!
Nak kongsi serba sedikit kaedah memilih catfood mana yang lebih bagus.
  • Tengok 5 bahan pertama, yg lebih byk meat (chicken, beef, turkey, dll) adalah lebih baik. Dan pastikan kurang penggunaan bahan 'by product'. Kat dalam post ni ada diterangkan apakah 'by-product'. Scroll lebih lanjut untuk baca k. *tetapi ada juga produk premium guna by product yang telah ditambah DL-METHIONINE.
  • Kurang kandungan bijirin seperti corn, rice dll.
  • Jumlah protein yang lebih tinggi, at least 30% keatas.
Terdapat 3 kategori makanan kucing iaitu:
  1. super premium atau holistic,
  2. premium, dan 
  3. komersial
Super premium / holistic adalah paling mahal dan paling susah nak dapat. Kebanyakannya cuma boleh didapati di klinik haiwan. Dan komersial adalah paling murah dan mudah didapati seperti di pasaraya, dan kedai runcit.

Steroids, hormones, by-products, bahan pewarna atau perasa tambahan, jagung, gandum, soy, tak baik untuk kucing. Cuba elakkan bahan-bahan tadi terutamanya yang by-product itu. Perasa tambahan (especially garam) juga tak baik untuk kucing.

Apa itu 'By-product'?
Bahagian haiwan yang tidak dimakan oleh manusia. Contohnya 'chicken by-product', ianya cumalah bahagian terbuang dari ayam tu. Macam paruh, kaki, kepala, tulang dan sebagainya. Sama jugak kalau beef ataupun lamb by-product. Cuma bahagian buangan yang di proses serta ditambah perasa dan 'filler' untuk buat makanan kucing ni. Kesian kucing kan. Dapat makan sisa-sisa yang belum tentu ada khasiat. Di sebabkan by-product ni la makanan kucing tersebut murah. Makanan yang gunakan 'by-product ' biasanya nampak kering, tak lembap dan tak berminyak berbanding dengan kategori premium dan super premium. Tetapi ada juga jenama premium yang gunakan by-product tetapi dicampur dengan DL-METHIONINE untuk elak pembentukan batu karang.

(DL-Methionine is for use to acidify the urine of dogs and cats. DL-Methionine also aids in controlling the odor from feline and canine urine residues. Given to prevent struvite stones and struvite crystals from forming in the urine.
-sumber dr.Amazon.

Dan jangan lupa untuk sentiasa memberikan kucing kita minum air yang bersih. Sentiasa pastikan kita menukar air dalam tempat minuman mereka. Kucing merupakan haiwan yang mempunyai rasa haus yang kurang jika dibandingkan dengan anjing.

Kitties Garden juga ada menjual premium cat food secara repack 500gm dan 1kg untuk jenama Vet Master dan Pet Time Nutram. Klik pada link seperti di bawah:

Pet Time Nutram
Vetmaster

Wednesday, October 2, 2013

Vetmaster cat food

Untuk jualan area bandar Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak. Untuk bandar2 lain dalam Sarawak, kami boleh pos. Tapi kos pos ditanggung pelanggan.

Kami jual repack 500gm dan 1kg sahaja.
-500gm Rm8.50
-1kg Rm15.00

Kalau nak request original packing (3kg), kami boleh aturkan.

Apa itu Vetmaster Cat Food?
-Introducing NEW & IMPROVED Vetmaster by Cargill Incorporated, U.S.A.
-Categorized as premium cat food with low price.
-It is economical especially for owner with multicats, or under budget but still want the best for your furkids.
- 100% complete and balanced for all life stages
-Analysis
Crude Protein (min.) - 30%
Crude Fat (min.) - 10%
Crude Fiber (max.) - 3.0%
Moisture (max.) - 10%
- Reduced magnesium and ash for healthy urinary tract
- Added taurine for healthy heart and eyes
- Shape and size of kibble for better dental health
- Essential fatty acids for healthy skin and beautiful coat
- Yucca extract for reduced fecal odor
- Added Organic Zinc
- Suci dan Bersih

Tuesday, October 1, 2013

Furry Halloween Contest by Petfinder

Please click at the link provided below.

Contest Furry Halloween.

So dress up ur cuties in the most scary costumes.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME, MYSELF & I