SIHAT CANTIK CERGAS.

Sunday, October 27, 2013

Haiwan Peliharaan Dapat Meningkatkan Tahap Kesihatan Seseorang

Terbaca kat satu website omputih www.care2.com tentang 5 manafaat memelihara haiwan kesayangan terhadap tahap kesihatan pemeliharanya.

Secara ringkas seperti berikut lah ye.

My boy ni memang suka buli kucing.
"sabar je ler aku", agaknya itu la yang si kucing cakap dalam hati.
5-Memperbaiki pernafasan.
Selalu kita dengar org kata bulu kucing boleh menyebabkan penyakit lelah keatas kanak2. Tetapi satu kajian oleh James E.Gern, seorang pakar kanak-kanak dari University of Wisconsin-Madison, mendapati bahawa dengan memelihara haiwan boleh mengurang kan sehingga 33% untuk kanak-kanak mendapat sebarang alahan. Kajian beliau yang di terbitkan dalam Journal of Allergy and Clinical Immunology juga mendapati bahawa kanak-kanak yang terdedah lebih awal akan mempunyai sistem imun yang lebih tinggi.

4-Merapatkan hubungan
Setuju kan? Biasanya kalau kita ada kucing atau anjing, ianya akan menjadi topik perbualan antara kita dengan kawan2 atau ahli keluarga. Kadang2 haiwan kita ni boleh menjadi 'ice breaker' antara kita dengan orang yang baru kita kenali yang mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kita. Tapi haiwan peliharaan mampu merapatkan kita.

3-Kesihatan jantung
The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) and the National Institute of Health (NIH),telah menjalankan ujian berkaitan jantung keatas pemelihara haiwan2 kesayangan dan telah mendapati bahawa pemelihara haiwan mempunyai paras kolesterol dan triglycerides yang rendah, dan ini mampu mengurangkan risiko mendapat serangan jantung.
Bagi yang pernah mengalami serangan sakit jantung, kajian juga mendapati mereka dapat sembuh dengan lebih pantas dengan kehadiran haiwan kesayangan.

2-Lebih cergas serta pengawalan berat badan.
Anjing boleh dijadikan teman untuk bersukan.
(* Untuk yang muslim, boleh kejar kucing kat laman kita ya..diorang kan suka main kejar2.)


1-Peneman Setia, mengurangkan stress.
Mesti ramai yang setuju dengan manafaat no.1 ni..kalau kita tengah murung atau sedih atau stress, cuba urut dan belai kucing atau anjing kesayangan kita, pasti hati kita terubat kan.
Kadang2 dengan memerhati gelagat nakal mereka boleh membuatkan kita nak tergelak dan tersenyum sorang2 kan?

*Boleh refer link ni >
www.care2.com/greenliving/top-5-health-benefits-of-having-a-pet.html?

Maka sayangilah haiwan peliharaan kita sebab mereka pun makhluk Allah jugak kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME, MYSELF & I