SIHAT CANTIK CERGAS.

Friday, November 29, 2013

Kenapa bulu kucing gugur?

Bulu kucing memang sentiasa gugur dan itu memang perkara biasa. Tapi kalau gugur dengan banyak maksudnya memang ada masalah. 

Antara sebab-sebab bulu kucing gugur adalah seperti berikut:-

1. Ada kutu pada bulu kucing.
2. Fungus yang kelihatan seperti debu atau kelemumur pada bulu kucing. Fungus boleh mematikan sel pada kulit dan menyebabkan bulu gugur.
3. Kurang protein atau vitamin pada makanan kucing terutamanya yang menggunakan 'animal by-product' dan pengawet. Makanan komersial selalu menggunakan kedua-dua bahan diatas.
4. Penggunaan shampoo yang berlebihan atau tidak sesuai dengan kucing. (sama jugak dengan rambut kita ni, kalau tak sesuai mesti ada yang gugur.)
5. 'mating season' jugak boleh mengakibatkan bulu kucing gugur.
6. Kucing stress. Biasanya stress disebabkan persekitaran ataupun kehadiran kucing baru.
Paling penting kita jaga kebersihan dan kesihatan kucing-kucing kita dengan baik seperti sentiasa membersihkan mereka, memberi makanan yang berzat dan sentiasa memanjakan mereka.


Ni, caner ni? 

Monday, November 25, 2013

Jualan Makanan Kucing Premium Jenama Blackwood & Vetmaster Secara Repack.

Jualan secara repack dalam 1kg.
COD kawasan Desa Ilmu, Kota Samarahan dan Kuching, Sarawak.
*untuk kawasan-kawasan lain di Sarawak, kami boleh pos kan.

Untuk yang di semenanjung malaysia, di jemput ke blog Aswar Pet Lovers sekira berminat untuk memesan makanan kucing jenis premium dan produk kucing yang lain.




*sila klik pada gambar untuk lebih jelas.

Kedua-dua jenama diatas merupakan makanan jenis premium untuk kucing.
Bagi pencinta kucing yang menginginkan furkids mereka lebih sihat dan mempunyai bulu yang cantik serta gebu, adalah disarankan untuk memberi furkids anda makanan premium seperti Blackwood dan Vetmaster ini.

Kedua-duanya adalah produk import tetapi tidak mengandungi bahan2 dari khinzir (khasnya kepada yang muslim).

Untuk pertanyaan harga, sila LIKE fanpage kami dan pm saya di,
www.facebook.com/kittiesgarden

TQVM. :-)

Friday, November 15, 2013

Beberapa tanda yang kucing kita sakit

Macamana nak tahu yang kucing kita tu sakit? Tak kan lah dia nak bagitahu kita yang dia tu sakit kan..(boleh sakit jantung kalau si anak bulus bagitau dia demam..heheh). 
Baby pun kalau sakit, akan merengek dan menangis non-stop, membuatkan mommies tak keruan (dari pengalaman sendiri membesarkan 4 orang anak).
Tapi kucing pulak, takkan lah nak mengiau non stop kalau sakit kan? 

Weii...ambik gambar kita ekk...

Lepas godek godek sikit dalam beberapa website omputeh, so kita senaraikan sedikit tanda2 yang boleh kita 'detect' kalau si anak bulus kita sakit k.

-Perubahan dalam tingkahlaku/ interaksi anak bulus dengan kita. Mungkin menjadi pendiam atau sebaliknya.
-Perubahan dalam aktiviti hariannya. Contoh kalau anak bulus yang aktif berlari berubah menjadi pendiam dan tidak aktif.
-Perubahan dalam tabiat makan, samada menjadi kurang makan atau bertambah selera makan. Kurang makan menandakan anak bulus bermasalah seperti 'dental problem', selesema. Bertambah makan pula menunjukkan si anak bulus kemungkinan 'obese'.
-Perubahan dalam pengambilan air.
-Berat badan bertambah atau berkurang secara mendadak.
-Nafas berbau mungkin menandakan masalah buah pinggang atau masalah penghadaman.
-Perubahan suara.

Kalau ada salah satu tanda-tanda diatas berlarutan dalam beberapa hari, cepat-cepatlah bawak anak bulus pegi jumpa vet yerr..
'mencegah lebih baik dari merawat'.


Like our fanpage:
www.facebook.com/kitties-garden

Tuesday, November 12, 2013

Mulan si mak buyong

Mommy Mulan, salah sekor dari anak bulus kami yang senior. Usia dalam 3 tahun gitu, tapi masih maintain cun...

Sekarang Mulan tengah pregnant untuk kali ketiga. Boipren 'pinjam' dia nama Nemo, domestic long hair (breed maine coon,tapi oleh kerana takde sijil pure breed tu, kita panggil DLH je la yerr...)

Mak buyong
Tido terbongkang...

Congak-congak rasanya Mulan ni dah 4-5 weeks pregnant, so ada kira-kira 3-4 minggu lagi nak meletop..hihi. Tapi perut mak buyong ni memang memboyot je, macam bila-bila masa je boleh beranak.

Ni dia boipren 'pinjam' mulan, si nemo yang hensem cam tiger.


Like fB> www.facebook.com/kitties-garden

Friday, November 1, 2013

Penyakit Sporo yang merbahaya.

Nak tahu rupa kucing yang dijangkiti SPORO? 

Kesian kan...


Tak sanggup nak tengok lama2... :-(
 SPORO atau nama penuhnya SPOROTRICHOSIS, merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix Schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.

Penyakit ini jarang berlaku, maka ianya sukar dikesan oleh sesetengah doktor haiwan ataupun doktor manusia. Malahan manusia juga boleh terdedah kepada risiko mendapat jangkitan sporo.

Mana datangnya Sporo ni?
This fungus is found in soil and organic debris and is widespread in the U.S. Sporotrichosis is more commonly seen in outdoor dogs, particularly hunting dogs, and in outdoor cats (especially males) that are prone to fighting. In dogs, it is believed that the fungus enters through a puncture wound from a stick or thorn. In cats, it is thought to be transmitted from a scratch or bite from a cat that has contaminated claws or teeth. Humans have become infected through coming in contact with the open, draining sores on infected cats.
(Sumber dari sini > http://www.peteducation.com/article.cfm?c=1+2134&aid=358)

Tanda-tanda kucing mendapat Sporo.
Luka atau kudis pada kepala terutama sekali pada hidung dan muka, kaki dan ekor. Luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh. Kudis akan mula merebak ke keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti. Sesetengah kucing akan mendapat demam, hilang selera makan dan menjadi lemah.
~sekira fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda seperti benjolan atau kudis boleh didapati pada jari,tangan atau muka.

Bawaklah kucing anda cepat-cepat ke doktor haiwan sekira anda dapati mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan tersebut! Dan pastikan kucing-kucing anda tidak dibiarkan berkeliaran terlalu lama di luar kawasan rumah atau terlibat dengan 'street fight' dengan kucing-kucing liar yang lain.

Tu diaaaa...mafia cats belakang rumah..hihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ME, MYSELF & I