Perempuan mengandung TIDAK PERLU mengelak dari kucing tetapi TIDAK DIGALAKKAN untuk menyentuh dan membersihkan litter box yang telah dicemari dengan najis kucing.
KENAPA? Kerana dikhuatiri najis kucing terdapat bakteria parasit yang dipanggil toxoplasmosis. Sekiranya perempuan mengandung terkena jangkitan toxoplasmatic, dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi yang dikandung.
Boleh juga berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan darah samada tubuh seseorang itu imun kepada jangkitan toxoplasmosis. Sekiranya imun,maka tidak perlu bimbang terkena jangkitan. Malahan pemilik kucing yang telah lama memelihara kucing, berkemungkinan telah mendapat toxoplasmosis.
Kucing adalah pembawa parasit penyebab toxoplasmosis. Parasit ini hidup didalam usus kucing dan keluar bersama najis mereka. Ia biasanya lebih mudah didapati pada kucing yang dibiarkan merayau diluar rumah yang memakan tikus atau burung yang telah tercemar. Malahan parasit ini juga terdapat pada tanah,daging mentah dan sayuran yang tidak dibersihkan
Panduan kepada ibu mengandung yang mempunyai anak-anak bulus untuk dijaga.
- Beri tugasan membersih litter box kepada sang suami atau orang lain yang tidak mengandung. Atau kalau dah takde orang nak tolong, dinasihatkan pakai sarung tangan dan mask. Cuci tangan sebersih-bersihnya selepas itu. Kalau tak boleh jugak, cuba guna SMARTSIFT LITTER BOX.

-Buang najis kucing sekali sehari bagi mengelakkan jangkitan kerana parasit tersebut cuma akan membiak dalam tempoh 2-5 hari.
- Jangan beri kucing makan makanan mentah.
- Jangan biarkan kucing merayau-rayau diluar.
- Jangan adopt kucing liar/stray cats semasa mengandung kerana.dikhuatiri mereka pembawa parasit toxoplasmosis.
KESIMPULAN: Jangan buang/hantar kucing2 anda ke pusat binatang terbiar ye. Kesian kucing2 tu.
*sumber rujukan:
- http://www.babycenter.com/404_is-it-true-that-pregnant-women-should-avoid-cats_10310189.bc
- http://www.justmommies.com/articles/toxoplasmosis-cat-litter.shtml#sthash.FN7P44NA.dpuf
- http://www.babycenter.com/404_is-it-true-that-pregnant-women-should-avoid-cats_10310189.bc
- http://www.justmommies.com/articles/toxoplasmosis-cat-litter.shtml#sthash.FN7P44NA.dpuf
No comments:
Post a Comment