Akhirnya selamat juga mami Mulan melahirkan 6 ekor anak bulus pada 3 disember 2013, dalam pukul 7.30 pagi camtu.
Sampai terjelir lidah mami Mulan melahirkan 6 ekor anak2 yang comel tu. Penat sangat la rasanya kan. Kesian die..
Waktu awal pagi sebelum beranak, mami Mulan dah awal2 pagi masuk bilik kita dan buat bising. Mami mulan jenis yang jarang berbunyi, so memang kita agak dah dia nak beritahu yang dia dah nak beranak.
Masukkan dia dalan kotak yang kitorang dah sediakan,tapi dia keluar, kehulu kehilir ikut kita dan tak nak dok dalam kotak. Rupanya nak kita tunggu dia dan duduk tepi kotak tu jer.
Haii..mengada betol lah.
Ikut je la kehendak dia membuatkan pagi tu kami suami isteri lewat pegi keja. Hadoimakk...
No comments:
Post a Comment